Thursday, December 31, 2015

Senarai Aktiviti Sepanjang Tahun 2015

Senarai Aktiviti Sepanjang Tahun 2015

  • Sambutan Maulidur Rasul Taman Ixora - 10 Januari 2015
  • Car Boot Sale Taman Ixora - 10 Jan 2015
  • Mesyuarat Agung PPTI Kali Ke-8 - 8 Mac 2015
  • Gotong Royong Cegah Aedes Taman Ixora - 17 Mei 2015
  • Program Ixora Hidup Sihat - Berjalan 10,000 Langkah - 24 Mei 2015
  • Ceramah Perdana Israk dan Mikraj - 29 Mei 2015
  • Car Boot Sale Taman Ixora - 6 Jun 2015
  • Memasak Bubur Lambuk Ramadhan - 27 Jun 2015
  • Majlis Khatam Al-Quran - 9 Julai 2015
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim - 10 Julai 2015
  • Majlis Hari Raya Aidilfitri Taman Ixora - 15 Ogos 2015
  • Majlis Ibadah Qurban - 24 September 2015
  • Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan Utama - 11 Oktober 2015
  • Kejohanan Bola Sepak Antara Zon Taman Ixora - 23 Oktober 2015
  • Ceramah Maal Hijrah - 30 Oktober 2015

Tuesday, October 20, 2015

Kejohanan bola sepak antara zon Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai pertandingan ini dan turut hadir memberikan sokongan moral.

Friday, October 9, 2015

Program Ibadah Korban Taman Ixora Tahun 2015M/1436H

Sebanyak 8 ekor lembu dan 2 ekor kambing dikorbankan. Alhamdulillah mendapat sambutan kerjasama penduduk Taman Ixora.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Menjelang Peperiksaan

Semua penduduk Taman Ixora dijemput hadir.

Sunday, August 2, 2015

Penjurian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Daerah Sepang



Penjurian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KRT Daerah Sepang telah diadakan pada 2 Ogos 2015 (Ahad).

Friday, July 24, 2015

Kemalangan berlaku lagi di simpang tiga masuk ke Taman Ixora

Kejadian berlaku anggaran jam 7.30 pagi 24 Julai 2015 (Jumaat) melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan sebuah motosikal. Kecederaan parah kepada penunggang motosikal dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Semua penduduk Taman Ixora dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila menggunakan simpang maut berkenaan.




Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015M, Maaf Zahir dan Batin.


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk Taman Ixora daripada kami.

Friday, July 10, 2015

Majlis Berbuka Puasa Penduduk Taman Ixora Bersama Anak Yatim dan Ibu Tunggal

Majlis berbuka puasa penduduk Taman Ixora bersama anak yatim dan ibu tunggal dari Pusat Jagaan Baitussakinah Kota Warisan telah diadakan pada 10 Julai 2015 (Jumaat). Alhamdulillah kehadiran penduduk Ixora menggalakkan. Insha Allah jika diizinkan kita akan adakan lagi pada tahun hadapan.




Thursday, July 9, 2015

Majlis Khatam Al Quran Surau Balai Islam Taman Ixora

Majlis khatam al quran telah diadakan pada 9 Julai 2015 (Khamis) malam di Surau Balai Islam Taman Ixora.


Tuesday, July 7, 2015

Taklimat dan Survei Pemasangan Menara Azan/ Telekomunikasi di Surau Ixora


Sesi taklimat dan survei pemasangan menara azan/telekomunikasi yang telah diadakan di surau Ixora pada 7 Julai 2015 selepas terawih. Berikut adalah beberapa fakta mengenai cadangan berkenaan:
1. Ketinggian menara adalah 30 meter
2. Keluasan tapak binaan adalah 5 meter x 5 meter
3. Tempoh pembinaan adalah 3 bulan termasuk survei, kerja-kerja tanah dan pemasangan menara
4. Kos pembinaan adalah RM250,000 akan ditanggung oleh syarikat Omnix
5. Menara berkenaan akan disewakan kepada pihak TELCO (UMobile, MAXIS, DIGI atau CELCOM)
6. Syarikat Omnix akan membayar kos sewaan tapak menara sebanyak RM2,000 sebulan terus bank in ke akaun Surau Balai Islam Taman Ixora
7. Tempoh perjanjian sewaan adalah 8 tahun + 7 tahun
8. Kadar radiasi adalah minima dan mendapat kelulusan dan seliaan SKMM

Pada malam itu, sebanyak 40 borang survei telah berjaya dikumpulkan dan semua responden menyatakan 'BERSETUJU' dengan cadangan pembinaan menara berkenaan.
Turut disertakan contoh pemasangan menara berkenaan di salah sebuah surau di Sungai Ramal, Kajang untuj rujukan penduduk.

Semoga urusan ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan sedikit sebanyak dapat menampung kos operasi dan penyenggaraan surau termasuk membiayai program kuliah dan majlis ilmu di surau.

Monday, June 8, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan 1436H (2015M)

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora, Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1436H dan selamat berpuasa kepada semua penduduk Taman Ixora. Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik. InsyaAllah kita akan mula berpuasa pada 18 Jun 2015 (Khamis).

Saturday, June 6, 2015

Car Boot Sales Taman Ixora Bil 2/2015

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora telah mengadakan Car Boot Sales seperti butiran berikut:

Tarikh : 6 Jun 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Laluan masuk Taman Ixora




 

Monday, June 1, 2015

Kem Permata Soleh Anjuran Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan program Kem Permata Soleh seperti butiran berikut:

Tarikh : 1 hingga 4 Jun 2015
Tempat : Surau Balai Islam Taman Ixora
Masa : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anak Taman Ixora dan taman berhampiran. InsyaAllah program ini akan dianjurkan lagi pada masa hadapan.







Sunday, May 24, 2015

Program Sihat Ixora Anjuran PPTI dan KRT Taman Ixora

Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah mengadakan Program Sihat Ixora seperti butiran berikut:

Tarikh : 24 Mei 2015 (Ahad)

Masa : 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi
Tempat : Kawasan Sekitar Taman Ixora
 




 

Saturday, May 23, 2015

Majlis doa selamat SRS Taman Ixora

Majlis doa selamat Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Ixora telah diadakan pada 23 Mei 2015 di kabin SRS. Semoga usaha ahli SRS Taman Ixora memastikan keselamatan penduduk Taman Ixora dirahmati Allah SWT.