Thursday, January 8, 2015

Sumbangan Bantuan Banjir Daripada Penduduk Taman Ixora


Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora telah berjaya mengumpulkan sejumlah barangan daripada penduduk Taman Ixora untuk disumbangkan kepada penduduk yang terjejas banjir di Pantai Timur.

Sebahagian daripada sumbangan telah diserahkan kepada penduduk Gua Musang dan selebihnya diagihkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Dengkil untuk diagihkan ke Kuantan dan Temerloh. Terima kasih diucapkan kepada penduduk Taman Ixora yang perihatin dengan kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir. Sedikit sumbangan ikhlas yang diberikan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah S.W.T.

Sila klik di sini untuk melihat gambar.

No comments:

Post a Comment