Tuesday, July 7, 2015

Taklimat dan Survei Pemasangan Menara Azan/ Telekomunikasi di Surau Ixora


Sesi taklimat dan survei pemasangan menara azan/telekomunikasi yang telah diadakan di surau Ixora pada 7 Julai 2015 selepas terawih. Berikut adalah beberapa fakta mengenai cadangan berkenaan:
1. Ketinggian menara adalah 30 meter
2. Keluasan tapak binaan adalah 5 meter x 5 meter
3. Tempoh pembinaan adalah 3 bulan termasuk survei, kerja-kerja tanah dan pemasangan menara
4. Kos pembinaan adalah RM250,000 akan ditanggung oleh syarikat Omnix
5. Menara berkenaan akan disewakan kepada pihak TELCO (UMobile, MAXIS, DIGI atau CELCOM)
6. Syarikat Omnix akan membayar kos sewaan tapak menara sebanyak RM2,000 sebulan terus bank in ke akaun Surau Balai Islam Taman Ixora
7. Tempoh perjanjian sewaan adalah 8 tahun + 7 tahun
8. Kadar radiasi adalah minima dan mendapat kelulusan dan seliaan SKMM

Pada malam itu, sebanyak 40 borang survei telah berjaya dikumpulkan dan semua responden menyatakan 'BERSETUJU' dengan cadangan pembinaan menara berkenaan.
Turut disertakan contoh pemasangan menara berkenaan di salah sebuah surau di Sungai Ramal, Kajang untuj rujukan penduduk.

Semoga urusan ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan sedikit sebanyak dapat menampung kos operasi dan penyenggaraan surau termasuk membiayai program kuliah dan majlis ilmu di surau.

No comments:

Post a Comment